Friday, September 2, 2011

Mulanya Di Sini...

Salam kepada semua pembaca , para blogger dan terutamanya pada para backpackers.. Wahhh ni adalah blog keempat saya sebenarnya.. Blog ini amatlah berlainan sekali dengan ketiga tiga blog saya yang lain.. Dimana.. blog Adza Irdawati lebih tertumpu kepada blog yang menceritakan tentang kerjaya saya sebagai seorang penulis skrip drama dan filem.. Ya sudah hampir 15 tahun saya berkecimpung di dalam dunia penulisan skrip dan hampir 63 buah skrip drama saya yang telah ditayangkan dikaca TV antaranaya adalah Nek Nak, Saka, Cuci Cuci Services dan banyak lagi.. Skrip filem yang saya dan suami hasilkan adalah seperti Filem LIBAS yang akan ditayangkan di pawagam pada hujung bulan september ini..

ADZA IRDAWATI

Blog kedua saya pula iaitu D'ADZA adalah lebih kepada penglibatan saya serta tiga lagi adik beradik saya iaitu Adza Yanie, Adza Tuty dan Adza Rina bersama album yang pernah kami terbitkan suatu ketika dulu.

D\

Blog ketiga saya pula iaitu blog BICARA MAK DARA adalah lebih kepada blog santai dimana saya meluahkan segala apa yang berada di kotak fikiran saya pada waktu itu.. Entry entry di dalam blog itu adalah dari aktiviti harian saya, keluarga saya, peristiwa yang berlaku kepada gossip semasa dan lain lain lagi..  

Bicara Mak Dara

Kini saya terpanggil untuk menulis sebuah blog baru iaitu BACKPACKING WITH ADZA IRDAWATI dimana di blog ini saya akan menulis semua cerita cerita saya travel secara backpacking di India. Cambodia, Thailand, Indonesia, Singapura dan Vietnam.. So are you ready.... nantikan entry saya backpacking ke India ya...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...